Sunday, 2 December 2012

botol

Situasi 1
Ma (ibu) sedang memandu. Saya berada di sebelah (belum ada lesen masa tu). Perjalanan jauh pulang ke kampung. Penat memandu, singgah di kedai runcit. Beli dua botol air.

Sambung perjalanan. Cuba membuka botol tersebut (dua2 sangat haus). Selepas beberapa lama, tak berjaya. Hulur kepada ma, sambil tangan sebelah lagi memegang stereng. Saya bantu. Juga tak berjaya.
Berhenti di tepi jalan. Cuba lagi. Kali ni dua belah tangan.

Setengah jam kemudian,
..
...
Minum air dalam plastik yang dibeli di tepi jalan.... (^_^)

Situasi 2
Zaman belajar degree.

Dalam kelas Mandarin. Kebanyakan student dari course yang berlainan. Kenal seorang student lelaki, J.
J, seorang yang sangat daring (pemakaian dan percakapan) dan agak bebas. Selalu menegur dan ajak berbual walau tak dilayan.

Ketika student ramai lagi tak datang. Baru lepas lunch. Berusaha nak buka botol mineral. Tak berjaya.
Hanya student J ni saja yang paling dekat, minta tolong beliau.

student J: Kau nak bermanja dengan aku ek?
..
...
.....
tolonglah!


Situasi 3
Setiap kali memasak untuk suami, mesti berbunga ceria.

Di dapur rumah flet. Tumis2 bawang nak goreng nasi. Ambil sos cili. Belum dibuka. Perlahankan api.
Pusing ke sinki, cari kain. Berusaha untuk buka.......................................


berjaya!!!Pusing ke kuali atas dapur.
..
...
....
Bawang dah bertukar kehitam-hitaman (^_^)'


Situasi 4
Semangat nak buat tesis datang. Gerak ke library. Ambil kunci carrel room dengan librarian di kaunter.
Masuk carrel room, kunci pintu. Susun barang2. Tarik nafas....
Selepas sejam, haus. mata masih di laptop. capai botol air Gau.........


pandang botol tu lama2. letak balik. ambil purse. Pergi cafe (^^,)\/

sekian,

p/s: setiap manusia ada kelemahan............