Sunday 2 December 2012

botol

Situasi 1
Ma (ibu) sedang memandu. Saya berada di sebelah (belum ada lesen masa tu). Perjalanan jauh pulang ke kampung. Penat memandu, singgah di kedai runcit. Beli dua botol air.

Sambung perjalanan. Cuba membuka botol tersebut (dua2 sangat haus). Selepas beberapa lama, tak berjaya. Hulur kepada ma, sambil tangan sebelah lagi memegang stereng. Saya bantu. Juga tak berjaya.
Berhenti di tepi jalan. Cuba lagi. Kali ni dua belah tangan.

Setengah jam kemudian,
..
...
Minum air dalam plastik yang dibeli di tepi jalan.... (^_^)

Situasi 2
Zaman belajar degree.

Dalam kelas Mandarin. Kebanyakan student dari course yang berlainan. Kenal seorang student lelaki, J.
J, seorang yang sangat daring (pemakaian dan percakapan) dan agak bebas. Selalu menegur dan ajak berbual walau tak dilayan.

Ketika student ramai lagi tak datang. Baru lepas lunch. Berusaha nak buka botol mineral. Tak berjaya.
Hanya student J ni saja yang paling dekat, minta tolong beliau.

student J: Kau nak bermanja dengan aku ek?
..
...
.....
tolonglah!


Situasi 3
Setiap kali memasak untuk suami, mesti berbunga ceria.

Di dapur rumah flet. Tumis2 bawang nak goreng nasi. Ambil sos cili. Belum dibuka. Perlahankan api.
Pusing ke sinki, cari kain. Berusaha untuk buka.......................................


berjaya!!!Pusing ke kuali atas dapur.
..
...
....
Bawang dah bertukar kehitam-hitaman (^_^)'


Situasi 4
Semangat nak buat tesis datang. Gerak ke library. Ambil kunci carrel room dengan librarian di kaunter.
Masuk carrel room, kunci pintu. Susun barang2. Tarik nafas....
Selepas sejam, haus. mata masih di laptop. capai botol air Gau.........


pandang botol tu lama2. letak balik. ambil purse. Pergi cafe (^^,)\/

sekian,

p/s: setiap manusia ada kelemahan............






Wednesday 28 November 2012

supervisor

Supervisor: Shidah, i want u to attend the conference organized by MTDC this coming December.

Me: But Prof, the registration just closed last month. i am not sure there will be any postpone.

Supervisor: its ok, i will contact the internal organizer to make the reservation for you.
.
.
Seminggu kemudian....
.
.
via sms

Saya:
Salam, Prof.. saya dah semak MTDC conference yg prof suruh saya attend. will be held on 6th and 7th..minggu depan tapi seat limited. and registration before 23nov. prof ckp nak contact org dlm. fee RM100perhead. Boleh saya ajak kak ayu. Macam mana prof?

5 minit kemudian..........

Supervisor: Ok




Apa yang ok?? Saya nak respon macam mana ni?? adoii.. sigh (^_^)'


Friday 9 November 2012


Suami boleh jadi sweet (gula?) dalam cara yang tak dijangka. Walaupun ego dan malu (mungkin) untuk cuba romantik.

Ya Allah, kumpulkan hati2 ini bersama orang2 yang beriman dan cinta kepadaMu ... uhibbuka fillah :)

http://www.youtube.com/watch?v=bXa0-BlAd14&feature=share&noredirect=1

“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” -Al Fathu 4.

Semuanya dari Allah :)

Thursday 8 November 2012

Assalamualaikum

Dah lama saya meninggalkan dunia blogging. Mungkin lebih 2 tahun sampai dah lupa password blog lama.hihi

Alhamdulillah, dalam tempoh beberapa tahun tanpa blog, banyak pengalaman yang dah diharungi malah saya sekarang dah bergelar seorang isteri. Salah satu sebab utama blog ini diadakan semula adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak catatan hidup yang saya kira dapatlah membantu menambahkan ilmu sekaligus meningkatkan iman kita walau sedikit kerana tanda cinta kita kepada Allah SWT juga melalui menuntut ilmu, insya Allah.

Semoga blog ini memberi manfaat dan menjadi salah satu saham yang mampu memberikan kebaikan kepada kita semua di akhirat kelak.

Kerana semuanya untuk dan dari Ilahi. :)